BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 1, 2012

Selepas ini ...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya kepada hijrah. Sungguh Maha Pengasih Allah kepada diri hijrah. walaupun belum secara rasminya hijrah "grad", tetapi result yang keluar pagi tadi cukup menenangkan hati ini kerana ia tanda step 1 telah selesai dan akan bergerak ke step ke 2 pula, urusan mendapatkan sijil . Dalam minda ini telah berfikir, berapa ustaz yang perlu hijrah jumpa, berapa bilik yang bakal hijrah kunjungi. Biar apapun atau bagaimanapun bentuk pengurusan yang bakal dilalui hirah harap diri ini siap sedia dan banyak bersabar menguruskannya. Semoga untuk kali ini akan lebih ringan dari selalunya kerana tatkala ini hijrah banyak komitmen lain yang perlu diberikan. Mula terasa waktu semakin suntuk, takut tak cukup masa dan tak sempat untuk itu dan ini. 2 bulan 1/2 ini mungkin status hijrah akan berubah-ubah sahaja mengikut keadaan.

walaubagaimanapun, hijrah yakin pada janji Allah itu kerana semuanya benar belaka. Tidak akan Allah uji hambaNya melainkan mengikut kadar kemampuan kita sahaja.

Dan untuk selepas 20 mei ( mengikut pengiraan hijrah la) , adakah diri ini sudah cukup bersedia untuk melangkahkan kaki ke medan amal? amal fardhi wal jamaie?
Jawapannya sehingga detik ini, bersedia atau tidak hijrah perlu turun ke medan itu dengan segala apa yang ada. Kemudian belajar, dan terus belajar untuk menjadi yang terbaik kerana Islam semata-mata tiada yang lain.

komitmen sebagai hamba, anak, kakak, guru, murabbi, dan teman. semua perlu hijrah mainkan dengan baik agar tiada hak yang terabai insyaallah.

teman-teman doakan hijrah ya, semoga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam pemerhatian Rabbnya.

fighting2!!!

0 comments: