BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 17, 2012

JAnggut Keramat

alan,
insya Allah dia seorang yang sangat kuat,
sangat meyakini pergantungan diri dengan Allah,
ada cita-cita yang tinggi untuk mendalami ilmu agama,
hajatnya nak pergi ke Yaman, dan nak juga ke india,
tapi dia tetap nak kembali ke sudan.
dalam menyampaikan ilmu sangat ikhlas,
tidak hairanlah menjadi guru kesayangan,
sehingga tumbuh bait2 cemburu dalam hati kami ustazah2

alan,
sangat peramah,
mudah mesra
suka bersusah payah utk orang lain,
bergaul dengannya membuatkan kita banyak belajar,
dan terlekat serpihan wangiannya

dan... minggu ini,
merupakan minggu ujian utk beberapa orang di kalangan pelajar di sudan,
ujian pertama kedua kami, alan sangat prihatin bertanya khabar,
dan ujian ketiga, Allah izin utk dia, sudah pasti kebaikkannya sebentar tadi telah Allah gandakan dengan beribu2 doa sampai kepadanya,

doa saya,
semoga ini kafarah dosa2 nya,
dan kesakitan ini adalah tapisan untuk dia menjadi manusia yang lebih hebat dari sekarang,
saya yakin dia punyai keluarga yang hebat,
sehingga lahir dia sebegitu,

sepanjang 2 hari dia di tahan di hospital,
tiada satu keburukkannya yang dijaja orang,
semuanya baik2 belaka,
saya tumpang bangga untuk dia,

saya yakin Allah mendengar doa2 kami,
insya Allah doa2 kita akan dikabulkan Allah

Afifi,
Allah uji kita mengikut kadar kemampuan,
Awak pastinya sangat kuat untuk ini,
sungguh, dalam kesakitan yang awak alami ini,
sebenarnya kami disekeliling awak beroleh rahmat yang sangat banyak.
terlalu banyak!

Afifi,
didoakan awak cepat sembuh...
kami x sabar nak dengar leteran2 dari bibir seorang pemuda,
ayat2 cinta yang power di wall fb,
ceramah2 yang free sehingga habis kredit.









(banyak yang ingin saya kongsikan tentang kebaikkannya,
untuk muhasabah kita bersama,
tetapi kekangan masa saya untuk ketika ini membuatkan saya perlu meletakkan titik noktah di sini. s
bagaimanapun saya akan kembali menulis sesuatu berkaitan dia kerana saya terlalu terkesan disaat ini dan saya mahu kongsikan bersama semua agar kita semua beroleh manfaat darinya.)
                                                                              3.40 am 18 mei
                                                               (insya Allah bakal safar 20 mei ke Malaysia )




Tuesday, April 10, 2012

akhirnya 2012 tahun yang dipilih Allah untukku ke jordan


Thursday, March 1, 2012

Selepas ini ...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya kepada hijrah. Sungguh Maha Pengasih Allah kepada diri hijrah. walaupun belum secara rasminya hijrah "grad", tetapi result yang keluar pagi tadi cukup menenangkan hati ini kerana ia tanda step 1 telah selesai dan akan bergerak ke step ke 2 pula, urusan mendapatkan sijil . Dalam minda ini telah berfikir, berapa ustaz yang perlu hijrah jumpa, berapa bilik yang bakal hijrah kunjungi. Biar apapun atau bagaimanapun bentuk pengurusan yang bakal dilalui hirah harap diri ini siap sedia dan banyak bersabar menguruskannya. Semoga untuk kali ini akan lebih ringan dari selalunya kerana tatkala ini hijrah banyak komitmen lain yang perlu diberikan. Mula terasa waktu semakin suntuk, takut tak cukup masa dan tak sempat untuk itu dan ini. 2 bulan 1/2 ini mungkin status hijrah akan berubah-ubah sahaja mengikut keadaan.

walaubagaimanapun, hijrah yakin pada janji Allah itu kerana semuanya benar belaka. Tidak akan Allah uji hambaNya melainkan mengikut kadar kemampuan kita sahaja.

Dan untuk selepas 20 mei ( mengikut pengiraan hijrah la) , adakah diri ini sudah cukup bersedia untuk melangkahkan kaki ke medan amal? amal fardhi wal jamaie?
Jawapannya sehingga detik ini, bersedia atau tidak hijrah perlu turun ke medan itu dengan segala apa yang ada. Kemudian belajar, dan terus belajar untuk menjadi yang terbaik kerana Islam semata-mata tiada yang lain.

komitmen sebagai hamba, anak, kakak, guru, murabbi, dan teman. semua perlu hijrah mainkan dengan baik agar tiada hak yang terabai insyaallah.

teman-teman doakan hijrah ya, semoga menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam pemerhatian Rabbnya.

fighting2!!!

Wednesday, February 29, 2012

Merancang

mulai hari ini hijrah akan memulakan langkah yang baru dengan perancangan yang lebih baik dan teratur. Semoga apa yang hijrah rancangkan ini memberi manfaat untuk diri hijrah dan untuk deen Islam tercinta. Salam Perkenalan dari hijrah. Semoga kedatangan kalian membawa sejuta rahmat.